Penafian: Pihak admin tidak bertangungjawab diatas sebarang kemungkinan berlaku berkaitan blog ini. Dikuasakan oleh Blogger.

MySKMS

Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013


Read more...

Jumaat, 14 Disember 2012

Selamat tahun baru hijrah


Read more...

Rabu, 27 Jun 2012

Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke 42, 2012



Kejohanan Balapan dan Padang merupakan acara tahunan sekolah yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk menggalakkan murid-murid menceburikan diri dalam aktiviti sukan, selain cemerlang dalam bidang koakademik. Ia adalah selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang mengharapkan potensi pelajar dapat dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Program seperti ini amat penting dilaksanakan di semua sekolah kerana ia dapat memberi pendedahan kepada murid-murid terhadap kepentingan bersukan dan manfaat amalan gaya hidup sihat. Di samping memberi pengalaman baru kepada mereka, pihak sekolah juga dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid-murid dan dapat diketengahkan pada masa akan datang. Justeru, Hari Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-42 akan diadakan dengan kerjasama unit kokurikulum dan ahli-ahli jawatankuasa induk dan jawatankuasa pelaksana bagi menyahut hasrat Falsafah Pendidikan Negara.










Read more...

Ahad, 17 Jun 2012

SKMS Johan Eureka - Karnival Sains Dan Teknologi

Pengkalan Hulu, Gerik: Pada 16 Jun 2012 telah berlangsung Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Hulu Perak. SK Mahkota Sari telah meraih tempat pertama (Johan) dalam Eureka, kategori ini telah disertai oleh adik M. Adham Mohd Halimi, adik Amirul Azfar Zulkarnain, adik Putri Roshaniza Atiha Kaha dan adik Alis Fatiha Tajul Arifin. Bercerita Sains Tahap 1 di sertai oleh adik Nadiatul Hakimah Che Rezli mendapat tempat Naib Johan dan adik Nur Syifa' Ayuni Mohamad Anuar dan Nur Izzah Fatini Rosli telah mendapat sijil penyertaan dalam kategori Sainstis Muda.  Tahniah diucapkan kepada mereka semua.

Read more...

Rabu, 16 Mei 2012

Pangkalan Data Murid KPM

Makluman Kepada Semua

Pengemaskinian Info Murid, Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan sepanjang tahun.Nombor kad pengenalan murid boleh disemak oleh Pentadbir sekolah (Administrator APDM) dan guru kelas dalam paparan senarai murid. Sila kemaskini nombor kad pengenalan murid yang tidak tepat dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Pentadbir sekolah (Administrator APDM) boleh reset semula katalaluan guru kelas melalui menu ‘Pendaftaran Kelas’.

Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini disebabkan pelajar-pelajar tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi SMPK.Pentadbir sekolah (Administrator APDM) dikehendaki memastikan bilangan pelajar mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas adalah betul dan terkini. Setelah data tersebut tepat, urusan mengimport data APDM oleh SAPS dan SPPBS boleh dilakukan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan ke Sekolah Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) pada 3 September 2012. Proses permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa / penjaga murid Tahun 6 dan akan menggunakan data APDM sepenuhnya. Guru kelas Tahun 6 dipohon memastikan profil murid dan ibubapa adalah terkini bagi memudahkan proses permohonan tersebut.

Untuk Pengemaskinian tuan/puan boleh klik link berikut : http://www.sekolahmalaysia.com/

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan

Read more...

Rabu, 4 April 2012

Pasukan Gerik Utara Johan Bola Sepak Bawah 12 Peringkat Daerah

Lenggong ; 04 April Pasukan Gerik Utara Johan Bola Sepak Bawah 12 Peringkat Daerah Hulu Perak. Pasukan Gerik Utara telah mengalahkan Pasukan SK Keruh, 3 berbalas 1 di Padang SK Bukit Balai, Lenggong.
Komitmen semua dan Guru Besar yang sudi hadir 
antara resepi yang memungkinkan kejayaan dapat direalisasikan

Apabila dah menang semuua senyum... hilang segala kepenatan. 
Anda hebat... Anda juara... Tahniah dan syabas

Read more...

Jumaat, 9 Mac 2012

Berita Bergambar Sekitar Pelancaran Program Guru Penyayang


Ucapan Perasmian Guru Besar

Upacara memotong kek Hari Lahir




Penyampaian Hadiah Hari Lahir


Penyampaian Hadiah Penghargaan Sahsiah Terpuji
Sepanjang Jan. - Feb. 2012

Read more...

Isnin, 5 Mac 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG


Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang pada 05 Mac 2012 SKMS

TUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid.

Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan.

Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik.

Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.

Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan sepanjang zaman dan kalis masa.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti!” Namun Rasulullah SAW berkata: “Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri.”

Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: “Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran.”

Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu adalah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah
SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan.




Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar kita perlu bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil.

Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah murid dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.

Confucius, seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Dirinya sebagai seorang guru, menggunakan kaedah dan pendekatan pendidikan yang sangat informal, bersesuaian dengan karektor individu yang berbeza-beza. Beliau mencadangkan kepada anak didiknya apa yang perlu dipelajari, berbincang dengan mereka dan kadang kala hanya mendengar hujah dan ulasan anak didiknya dengan sabar.

Cadangan diberikan anak didiknya untuk memperkembangkan kekuatan, dan memperbaiki kelemahan. Beliau mengatakan bahawa pendidikan hendaklah dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, beliau mendidik tanpa mengira latar belakang anak didiknya.

Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi manusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa “The giving of love is an education in itself”. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah merupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya seorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil signifikan ke atas orang yang dididiknya.

Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.

Dipetik daripada kertas konsep Guru Penyayang

Read more...

Khamis, 23 Februari 2012

Mesyuarat PIBG Kali Ke 34








Read more...

MySKMS Mesej

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2010 BLOG SK MAHKOTA SARI, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SK MAHKOTA SARI melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK SK MAHKOTA SARI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP