MySKMS
Isnin, 31 Disember 2012
Jumaat, 14 Disember 2012
Rabu, 27 Jun 2012
Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke 42, 2012
Label:
SUKMAS
Ahad, 17 Jun 2012
SKMS Johan Eureka - Karnival Sains Dan Teknologi
Pengkalan Hulu, Gerik: Pada 16 Jun 2012 telah berlangsung Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Hulu Perak. SK Mahkota Sari telah meraih tempat pertama (Johan) dalam Eureka, kategori ini telah disertai oleh adik M. Adham Mohd Halimi, adik Amirul Azfar Zulkarnain, adik Putri Roshaniza Atiha Kaha dan adik Alis Fatiha Tajul Arifin. Bercerita Sains Tahap 1 di sertai oleh adik Nadiatul Hakimah Che Rezli mendapat tempat Naib Johan dan adik Nur Syifa' Ayuni Mohamad Anuar dan Nur Izzah Fatini Rosli telah mendapat sijil penyertaan dalam kategori Sainstis Muda. Tahniah diucapkan kepada mereka semua.
Read more...
Label:
Karnival Sains dan Teknologi
Rabu, 16 Mei 2012
Pangkalan Data Murid KPM
Makluman Kepada Semua
Pengemaskinian Info Murid, Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan sepanjang tahun.Nombor kad pengenalan murid boleh disemak oleh Pentadbir sekolah (Administrator APDM) dan guru kelas dalam paparan senarai murid. Sila kemaskini nombor kad pengenalan murid yang tidak tepat dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Pentadbir sekolah (Administrator APDM) boleh reset semula katalaluan guru kelas melalui menu ‘Pendaftaran Kelas’.

Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini
disebabkan pelajar-pelajar tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi
SMPK.Pentadbir sekolah (Administrator APDM) dikehendaki memastikan bilangan
pelajar mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas adalah betul dan terkini.
Setelah data tersebut tepat, urusan mengimport data APDM oleh SAPS dan
SPPBS boleh dilakukan.
Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan ke Sekolah
Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) pada
3 September 2012. Proses permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan
ibubapa / penjaga murid Tahun 6 dan akan menggunakan data APDM
sepenuhnya. Guru kelas Tahun 6 dipohon memastikan profil murid dan
ibubapa adalah terkini bagi memudahkan proses permohonan tersebut.
Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan
Label:
APDM,
Pengkalan data murid KPM
Rabu, 4 April 2012
Pasukan Gerik Utara Johan Bola Sepak Bawah 12 Peringkat Daerah
Lenggong ; 04 April Pasukan Gerik Utara Johan Bola Sepak Bawah 12 Peringkat Daerah Hulu Perak. Pasukan Gerik Utara telah mengalahkan Pasukan SK Keruh, 3 berbalas 1 di Padang SK Bukit Balai, Lenggong.
Komitmen semua dan Guru Besar yang sudi hadir
antara resepi yang memungkinkan kejayaan dapat direalisasikan
Apabila dah menang semuua senyum... hilang segala kepenatan.
Anda hebat... Anda juara... Tahniah dan syabas
Read more...
Label:
bola sepak
Jumaat, 9 Mac 2012
Berita Bergambar Sekitar Pelancaran Program Guru Penyayang
Ucapan Perasmian Guru Besar
Upacara memotong kek Hari Lahir
Penyampaian Hadiah Hari Lahir
Penyampaian Hadiah Penghargaan Sahsiah Terpuji
Sepanjang Jan. - Feb. 2012
Sepanjang Jan. - Feb. 2012
Label:
Guru Penyayang
Isnin, 5 Mac 2012
PROGRAM GURU PENYAYANG
Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang pada 05 Mac 2012 SKMS
TUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid.

Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan.
Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik.
Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.
Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan sepanjang zaman dan kalis masa.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti!” Namun Rasulullah SAW berkata: “Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri.”
Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: “Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran.”
Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu adalah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah
SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.
Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar kita perlu bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil.
Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah murid dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.

Confucius, seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Dirinya sebagai seorang guru, menggunakan kaedah dan pendekatan pendidikan yang sangat informal, bersesuaian dengan karektor individu yang berbeza-beza. Beliau mencadangkan kepada anak didiknya apa yang perlu dipelajari, berbincang dengan mereka dan kadang kala hanya mendengar hujah dan ulasan anak didiknya dengan sabar.
Cadangan diberikan anak didiknya untuk memperkembangkan kekuatan, dan memperbaiki kelemahan. Beliau mengatakan bahawa pendidikan hendaklah dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, beliau mendidik tanpa mengira latar belakang anak didiknya.
Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi manusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa “The giving of love is an education in itself”. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah merupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya seorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil signifikan ke atas orang yang dididiknya.
Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.
Dipetik daripada kertas konsep Guru Penyayang

Khamis, 23 Februari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)