TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
Salam Satu Malaysia,
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri
Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita
dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
-----------------------------------------------------------------------------------------
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem
pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah
menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai
enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti
nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM
2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang
memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang
tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid
dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan
kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika
profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu
melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.