Penafian: Pihak admin tidak bertangungjawab diatas sebarang kemungkinan berlaku berkaitan blog ini. Dikuasakan oleh Blogger.

MySKMS

Piagam Pelanggan


Kami warga SK Mahkota Sari dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-

Memastikan   matlamat    sekolah    tercapai   iaitu;
1. Menjamin potensi murid berkembang secara  menyeluruh  dan bersepadu  serta  melahirkan  insan  yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

2. Menjamin  semua  murid dapat  menguasai kemahiran membaca, menulis  dan mengira (3M) selepas 3 tahun belajar di sekolah ini.

3. Memastikan  kelas pemulihan  berjalan  lancar  untuk  murid-murid yang  tidak dapat menguasai 3M.

4. Memberi  perhatian  yang  serius  kepada  kebajikan   murid   dan  memastikan program RMT, PSS, SPBT dan disiplin diurus dengan cekap.

5. Memastikan  semua   murid   melibatkan  secara   aktif  dalam   aktiviti - aktiviti kokurikulum (1 Murid 1 Sukan).

6. Memastikan  keselamatan  murid terjamin  semasa  berada  di dalam  kawasan sekolah dan sewaktu menjalankan aktiviti kokurikulum.

7. Memberi  layanan   yang   mesra   dan   segera   kepada   ibubapa   dan   waris  mengenai semua urusan sekolah.

8.      Memastikan   sebarang   pertukaran  murid   yang   keluar  / masuk   diuruskan dengan segera.

9.       Mengutamakan    budaya    perkhidmatan   penyayang   dalam   semua   aspek pengurusan.

10.  Mewujudkan   suasana dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

11.  Mewujudkan rasa kesepunyaan dan kekitaan dikalangan warga  SK.Mahkota Sari.

12 . Menggalakkan semua murid     sentiasa     bersaing      untuk     mencipta kecemerlangan dan kegemilangan dalam semua bidang yang diceburi.

Read more...

MySKMS Mesej

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2010 BLOG SK MAHKOTA SARI, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SK MAHKOTA SARI melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK SK MAHKOTA SARI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP