Penafian: Pihak admin tidak bertangungjawab diatas sebarang kemungkinan berlaku berkaitan blog ini. Dikuasakan oleh Blogger.

MySKMS

Khamis, 17 November 2011

PENCAPAIAN UPSR MEMBANGGAKAN ~ WARGA SKMS

Tahniah! pada semua murid tahun 6 yang berjaya dengan cemerlang dalam UPSR dengan keputusan 22 orang 5A dan 11 org 4A 1B. Anda kebanggaan kami warga SKMS, bagi yang kurang bernasib baik, ini bukan ujian yang terakhir. Masih banyak peluang dan kejayaan yang menanti anda. Apa yang pasti anda jangan berputus asa untuk berusaha, mengejar kejayaan kerana kejayaan tidak datang bergolek "Belajar Terus Belajar" sebagaimana motto SKMS.

Read more...

Selasa, 1 November 2011

Anugerah Kokurikulum 2011

Gerik: 25 Oktober 2011, Berlangsung Hari Anugerah Kokurikulum 2011 yang telah dirasmikan oleh Pn. Nor Hafiza bt. Mohammad, Guru Besar SK Mahkota Sari. Majlis telah dimulai dengan ucapan pengacara majlis, bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hanif Ismail, Ikrar Ketua Kontijen Perbarisan (Adik Nusair b. Mohd Tahir).

Gambar video sekitar Hari Anugerah Kokurikulum 2011










Read more...

Ahad, 9 Oktober 2011

Inisiatif Latihan 1 Malaysia

SK Mahkota Sari, 08 - 09 Oktober : Seramai 40 orang murid SKMS (sesi 1) telah mengikuti pembelajaran komputer dan aplikasi asasi (IES), pensijilan oleh Intel. Program yang berlangsung dari 1 Oktober 2011 dan berakhir 31 Oktober 2012 secara percuma. Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang berada di Gerik, Lenggong dan Pengkalan Hulu dijadikan pusat latihan setempat.

PJK Gerik dengan kerjasama SKMS telah bersetuju mengadakan program tersebut di 2 buah makmal KDP sekolah sebagai pusat latihan untuk semua murid-murid SKMS yang telah mendaftar. Sesi latihan dijangkakan akan diadakan dalam 4 sesi iaitu:

Sesi 1 pada 8 - 9 Oktober 2011 untuk murid tahun 6
Sesi 2 pada 22 - 23 Oktober 2011 untuk tahun 5
Sesi 3 pada 29 - 30 Oktober 2011 untuk tahun 4
Sesi 4 pada 12 - 13 November 2011 untuk 4, 5 dan 6

Segala perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Peserta boleh juga berhubung dengan Guru Penyelaras Bestari ditalian 0173480477 (Call/SMS) atau email : msani70@gmail.com. Guru dan komuniti yang telah mendaftar, tarikh latihan akan dimaklumkan kelak. Jika anda berminat pendaftaran masih dibuka. Harap Maklum.

En. Khaizan Izatzi b. M. Nazri dan Cik Norsyamila bt. Zainol
(Jurulatih dari PJK)



Read more...

Ahad, 2 Oktober 2011

Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Perkhemahan Unit Beruniform SKMS 2011

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke 4 telah selamat berlangsung di Melaka pada 30 September - 02 Oktober yang lalu. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Yang Berhormat Datuk Doktor Haji Mohd Fuad Bin Zarkashi.

Jabatan Pelajaran Perak menghantar 2 orang perserta bagi setiap 10 daerahnya termasuklah daerah Hulu Perak yang diwakili oleh 2 pelajar SK Mahkota Sari iaitu adik Mohamad Amirul Shafiq b. Mohd Shafiee dan adik Nurshahidah bt. Khairol Anuar, dimana kedua-duanya murid tahun 6 maju. Mereka merupakan wakil peserta bertuah Khatam Al-Quran Daerah Hulu Perak ke Peringkat Kebangsaan.


Ust. Muhamad b. Yahya
(Ketua Kontijen) sedang memberi taklimat ringkas sebelum bertolak.

Pada masa yang sama di SK Mahkota Sari berlangsung Perkhemahan Unit Beruniform yang disertai oleh murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Program ini adalah merupakan program tahunan yang telah dimasukkan dalam Takwim Kokurikulum SKMS.






Read more...

Khamis, 29 September 2011

Robotik SKMS dan Lawatan Ibu Negara

Kuala Lumpur, 28 September 2011 : Pasukan Robotik Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari telah berentap di Stadium Titiwangsa, pada 26 - 28 September 2011 untuk mengharum SKMS di peringkat kebangsaan. Sempena pertandingan ini SKMS telah mengirim satu rombongan kelab penyokong robotik sekolah untuk memberi semangat yang padu kepada pasukan.

Pasukan SKMS mendapat tempat ke 8 dalam kategori regular dan ke 5 dalam kategori open, tahniah kepada mereka kerana telah giat berlatih dan berusaha untuk mencapai tahap yang terbaik.




Sebelum itu kelab penyokong sempat juga melawat tempat-tempat menarik di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.



Read more...

Rabu, 21 September 2011

Majlis Perasmian Penutupan Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2011

Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar menunjukkan sikap positif dan bakat ke arah mewujudkan satu sikap penonjolan diri pelajar. Bersesuian dengan Falsafah Pendidikan Negara dan selaras dengan Visi dan Misi sekolah yang berkehendakkan semua pelajarnya mempunyai satu tahap disiplin dan kecemerlangan dalam semua bidang.


Program ini telah selamat disempurnakan oleh En Shuhaimi b. Omar (PK Pentadbiran) SKMS pada 19 September di Dataran Perhimpunan. Program ini anjuran Kelab Rukun Negara, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Read more...

Ahad, 28 Ogos 2011

Salam Aidilfitri



Read more...

Rabu, 24 Ogos 2011

Program Ihya Ramadhan

Pelancaran dan perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Nor Hafiza Bt. Mohammad (Guru Besar) SK Mahkota Sari pada 29 julai 2011 dan diantara program yang dijalankan ialah:
1. Motivasi Pagi (Surah-surah Juz Amma)di sepanjang bulan ramadhan.
2. Kuiz Ihya' Ramadhan / Bahasa Arab
3. Pertandingan mencari dan memadankan kalimah dan gambar
4. Pertandingan Hafazan
5. Pertandingan mencipta penanda buku Bahasa Arab
6. Pertandingan bercerita kisah nabi
7. Tilawah Al-Quran
8. Pertandingan buku skrap(gambar-gambar masjid)
9. Tazkirah Ramadhan

Sedutan daripada Pertandingan Bercerita Kisah nabi:


Read more...

Jumaat, 1 Julai 2011

Sambutan Israk dan Mikraj

Sambutan telah diadakan pada 01 Julai 2011. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Israk dan Mikraj yang telah disampaikan oleh Penceramah jemputan Us. Sulaiman b. Bakar.




Read more...

Khamis, 30 Jun 2011

Sukan Olahraga dan Balapan SKMS (SUKMAS) ke 41, 2011, Robotik dan Kompang

SUKMAS kali ke 41 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Jun 2011, Khamis bertempat di Padang SK. MAHKOTA SARI yang telah disempurnakan oleh PN. NOOR ASMAH BT. MOHD. NAWAWI, PMP. (TIMBALAN PENGERUSI PERBADANAN TAMAN NEGERI PERAK)














SKMS juga menghantar penyertaan dalam Kompang Selawat di Perkarangan Mahkamah Syariah Tapah sempena Kanival Mahabbah pada 28 - 30 Jun 2011.




Read more...

Sabtu, 28 Mei 2011

Teknik Menjawab Soalan 2011

Pada 28.5.2011 bertempat di dewan SK. Mahkota Sari telah diadakan bengkel Teknik menjawab soalan untuk 88 pelajar cemerlang kelompok Gerik Utara iaitu SK.Mahkota Sari, SK. Batu 4, SK. RKT Bersia Felda, SK. Bongor, SK. Bersia Lama, SK. Kerunai, SK. Plang, SK. Kampung Lalang dan SK. Pahit.







Read more...

Khamis, 26 Mei 2011

Hari bertemu Pelanggan

Tempat : Kantin SK. Mahkota Sari
Tarikh : 26.5.2011
Hari : Khamis
Masa : 3.00 - 5.00 pm














Read more...

MySKMS Mesej

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2010 BLOG SK MAHKOTA SARI, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SK MAHKOTA SARI melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK SK MAHKOTA SARI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP