Penafian: Pihak admin tidak bertangungjawab diatas sebarang kemungkinan berlaku berkaitan blog ini. Dikuasakan oleh Blogger.

MySKMS

Ahad, 9 Oktober 2011

Inisiatif Latihan 1 Malaysia

SK Mahkota Sari, 08 - 09 Oktober : Seramai 40 orang murid SKMS (sesi 1) telah mengikuti pembelajaran komputer dan aplikasi asasi (IES), pensijilan oleh Intel. Program yang berlangsung dari 1 Oktober 2011 dan berakhir 31 Oktober 2012 secara percuma. Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang berada di Gerik, Lenggong dan Pengkalan Hulu dijadikan pusat latihan setempat.

PJK Gerik dengan kerjasama SKMS telah bersetuju mengadakan program tersebut di 2 buah makmal KDP sekolah sebagai pusat latihan untuk semua murid-murid SKMS yang telah mendaftar. Sesi latihan dijangkakan akan diadakan dalam 4 sesi iaitu:

Sesi 1 pada 8 - 9 Oktober 2011 untuk murid tahun 6
Sesi 2 pada 22 - 23 Oktober 2011 untuk tahun 5
Sesi 3 pada 29 - 30 Oktober 2011 untuk tahun 4
Sesi 4 pada 12 - 13 November 2011 untuk 4, 5 dan 6

Segala perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Peserta boleh juga berhubung dengan Guru Penyelaras Bestari ditalian 0173480477 (Call/SMS) atau email : msani70@gmail.com. Guru dan komuniti yang telah mendaftar, tarikh latihan akan dimaklumkan kelak. Jika anda berminat pendaftaran masih dibuka. Harap Maklum.

En. Khaizan Izatzi b. M. Nazri dan Cik Norsyamila bt. Zainol
(Jurulatih dari PJK)



0 ulasan:

MySKMS Mesej

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2010 BLOG SK MAHKOTA SARI, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SK MAHKOTA SARI melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK SK MAHKOTA SARI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP