Penafian: Pihak admin tidak bertangungjawab diatas sebarang kemungkinan berlaku berkaitan blog ini. Dikuasakan oleh Blogger.

MySKMS

Tokoh-tokoh

 Profesor Madya Dato’ Dr Wan Hashim Wan Teh mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari, (dahulu dikenali Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Gerik. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar dan di Cawangan Putera, Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.

Pada tahun 1970, beliau melanjutkan pelajaran ke University Of Queensland dan Monarch University di Australia sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Monarch University. Pada tahun 1982 beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PH.D) daripada University  Of  Manchester, United Kingdom.


Pada tahun 1974, beliau mula berkhidmat sebagai tutor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi di University Kebangsaan Malaysia dan kemudian dilantik sebagai pensyarah pada tahun 1976 di jabatan yang sama. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Gerik dari tahun 2004 hingga 2008.

Beliau dianugerahi Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) pada tahun 1987 dan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) pada tahun 1991 daripada D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.






Read more...

MySKMS Mesej

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2010 BLOG SK MAHKOTA SARI, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SK MAHKOTA SARI melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK SK MAHKOTA SARI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP