Penafian: Pihak admin tidak bertangungjawab diatas sebarang kemungkinan berlaku berkaitan blog ini. Dikuasakan oleh Blogger.

MySKMS

Ahad, 9 Oktober 2011

Inisiatif Latihan 1 Malaysia

SK Mahkota Sari, 08 - 09 Oktober : Seramai 40 orang murid SKMS (sesi 1) telah mengikuti pembelajaran komputer dan aplikasi asasi (IES), pensijilan oleh Intel. Program yang berlangsung dari 1 Oktober 2011 dan berakhir 31 Oktober 2012 secara percuma. Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang berada di Gerik, Lenggong dan Pengkalan Hulu dijadikan pusat latihan setempat.

PJK Gerik dengan kerjasama SKMS telah bersetuju mengadakan program tersebut di 2 buah makmal KDP sekolah sebagai pusat latihan untuk semua murid-murid SKMS yang telah mendaftar. Sesi latihan dijangkakan akan diadakan dalam 4 sesi iaitu:

Sesi 1 pada 8 - 9 Oktober 2011 untuk murid tahun 6
Sesi 2 pada 22 - 23 Oktober 2011 untuk tahun 5
Sesi 3 pada 29 - 30 Oktober 2011 untuk tahun 4
Sesi 4 pada 12 - 13 November 2011 untuk 4, 5 dan 6

Segala perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Peserta boleh juga berhubung dengan Guru Penyelaras Bestari ditalian 0173480477 (Call/SMS) atau email : msani70@gmail.com. Guru dan komuniti yang telah mendaftar, tarikh latihan akan dimaklumkan kelak. Jika anda berminat pendaftaran masih dibuka. Harap Maklum.

En. Khaizan Izatzi b. M. Nazri dan Cik Norsyamila bt. Zainol
(Jurulatih dari PJK)



Read more...

Ahad, 2 Oktober 2011

Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Perkhemahan Unit Beruniform SKMS 2011

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke 4 telah selamat berlangsung di Melaka pada 30 September - 02 Oktober yang lalu. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Yang Berhormat Datuk Doktor Haji Mohd Fuad Bin Zarkashi.

Jabatan Pelajaran Perak menghantar 2 orang perserta bagi setiap 10 daerahnya termasuklah daerah Hulu Perak yang diwakili oleh 2 pelajar SK Mahkota Sari iaitu adik Mohamad Amirul Shafiq b. Mohd Shafiee dan adik Nurshahidah bt. Khairol Anuar, dimana kedua-duanya murid tahun 6 maju. Mereka merupakan wakil peserta bertuah Khatam Al-Quran Daerah Hulu Perak ke Peringkat Kebangsaan.


Ust. Muhamad b. Yahya
(Ketua Kontijen) sedang memberi taklimat ringkas sebelum bertolak.

Pada masa yang sama di SK Mahkota Sari berlangsung Perkhemahan Unit Beruniform yang disertai oleh murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Program ini adalah merupakan program tahunan yang telah dimasukkan dalam Takwim Kokurikulum SKMS.






Read more...

MySKMS Mesej

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2010 BLOG SK MAHKOTA SARI, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SK MAHKOTA SARI melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK SK MAHKOTA SARI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP