Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke 42, 2012
Kejohanan Balapan dan Padang
merupakan acara tahunan sekolah yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk
menggalakkan murid-murid menceburikan diri dalam aktiviti sukan, selain
cemerlang dalam bidang koakademik. Ia adalah selari dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara yang mengharapkan potensi pelajar dapat dikembangkan secara
menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Program
seperti ini amat penting dilaksanakan di semua sekolah kerana ia dapat memberi
pendedahan kepada murid-murid terhadap kepentingan bersukan dan manfaat amalan
gaya hidup sihat. Di samping memberi pengalaman baru kepada mereka, pihak
sekolah juga dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid-murid dan
dapat diketengahkan pada masa akan datang. Justeru, Hari Kejohanan Balapan dan
Padang kali ke-42 akan diadakan dengan kerjasama unit kokurikulum dan ahli-ahli
jawatankuasa induk dan jawatankuasa pelaksana bagi menyahut hasrat Falsafah
Pendidikan Negara.
0 ulasan:
Catat Ulasan